LamanTulisCikEiyla
Daisypath Anniversary tickers

13 Oktober 2011

Alhamdulillah Lega Cik Eiyla !!!!

Dua hari Cik Eiyla cuba nak log in blog nie asyik tak lepas je , alhamdulillah akhirnya boleh juga ! Nasib baik boleh juga kalau tak memang menangis Cik Eiyla rasanya . 


Maybe ada problem 2 sebab tak boleh nak log in . Last2 Cik Eiyla klik je pe benda yang Firefox nie suruh, boleh juga buka . Huuihhh haaihh seram juga Cik Eiyla dibuatnya !

07 Oktober 2011

LUAHAN HATI ! !

Pertama kali kita bertemu, tiada perasaan antara kita 
Hanya keinginan untuk berkenalan satu sama lain
Sekadar menambah kenalan yang ada
Kau dan aku hanya sekadar teman
Kita berhubung setiap masa setiap waktu
Membuatkan kita sentiasa dekat walau jauh berada
Pada mula hanya seorang teman biasa
Kini menjadi teman yang paling istimewa


Masa berganti masa, tahun berganti tahun
Kita setia pada cinta di hati
Walau sentiasa di duga Yang Esa
Acap kali Kau curiga pada cintaku
Acap kali jua aku setia padamu
Doaku sentiasa kekal selamanya cinta kita
Dengan izinNya aku bermohon

Kini kita berjauhan sementara
Kau UTARA aku SELATAN
Tapi kita setia bersama
Memohon panjangkan usia cinta kita
Hanya satu harapan tersemat di hati
Agar kau berubah menjadi lebih dari baik
Bukan harta & kekayaan niat di hati
Cuma kesenangan kita di masa hadapan


Akhir kata terucap di hati
Kenangan yang lama tetap di hati
Walau kita tidak bertemu
Hanya ingatan peneman rindu !


Khas untuk : 
Mohd Shah b Ishak !

Betul ke HANTARAN PERKAHWINAN berdasarkan TAHAP/TARAF seseorang PEREMPUAN ?

Wahh gitu kan Cik Eiyla punya entry kali nie ! Ala2 gempakk gitu bunyinya . Hahahaha


Rasa2nya memang ada masyarakat yang buat macam nie kan ? Selama Cik Eiyla hidup nie lah kan, memang ada ibubapa yang tetapkan hantaran anak2 perempuan mereka ikut tahap/taraf perempuan 2 . Contohlah kalau anak dya ada IJAZAH harga lain, kalau yang ada MASTERS harga lain pulak ! Cik Eiyla tak boleh nak bayangkan kalau perempuan yang ada PHD nie . Memang lelaki zaman sekarang kena kerja kuatlah kalau nak kahwin sebabnya Cik Eiyla rasa kebanyakan perempuan sekarang memang tinggi2 belajar !



Cik Eiyla pun tak lama lagi (insyaallah) nak sambung IJAZAH, tapi Cik Eiyla tau mak bapak Cik Eiyla bukan tergolong dalam kalangan2 ibubapa yang di atas . Huhuhu . Cik Eiyla just nak share pendapat sebab benda nie memang terjadi kan ? Kawan Cik Eiyla pernah cakap yang mak dya tak kan letak hantaran setakat 8 k atau ke bawah ! Semuanya atas 10 k ! Cik Eiyla agak terkedu sikitlah kan, dah macam nak jual anak pulak (maaf kalau ada yang terasa).

Cik Eiyla bukan apa, kita kalau nak bina masjid yang baru nie tak payahlah sampai nak membebankan pihak lagi satu kan ? Katalah dah tak mampu tapi anak nie dah memang nak sangat kawen, mesti depa2 nie akan berhutang . Bila dah berhutang nie kehidupan anak2 nie mula terumbang ambing, nak menanggung hutang sebelum & selepas kawen ! Tak kan sampai macam 2 sekali hanya semata2 nak tunjukkan pada orang lain ! Klau pihak satu lagi memang berkemampuan takpelah, tapi kalau setakat yang sederhana macam mana pulak ?



Memang zaman sekarang semua perlukan duit, pergi mana2 duit 2 penting ! Tapi ibubapa jangan ambil kesempatan pula dalam hal macam nie . So benda2 macam nie memang perlukan persefahaman antara kedua2 pihak !

* Sebenarnya ada juga yang tak payah tengok taraf/tahap pendidikan pun tapi hantaran memang tinggi lah . Mesti semua tau kan ? Cuba kita tengok kalau artis2 Malaysia nie kawen, tak tinggi semua hantarannya ? Yang paling terdekat sekali Memey & Norman . Jangan nak aggap Cik Eiyla anti depa pulak nah . So rasa2 ada yang nak dapat hantaran tinggi nie(walaupun setakat spm je) cepat2lah jadi artis yer . Dapat juga nanti minta hantaran tinggi2 . Huhuhu Cik Eiyla just melawak OK !

Jadi BLOGGER untuk DUIT atau HOBI ?



Mula2 Cik Eiyla nak minta maaflah klau ada blogger2 yang tetiba menyinggah kat blog Cik Eiyla & marah pulak kat entry Cik Eiyla kali nie yer !



Sebenarnya bukan jealous atau dengki pun dengan blogger yang dapat duit atau pendapatan dari blog nie . Cik Eiyla just saja2 nak post something yang kadang2 jadi bualan ramai jgk . Tak silap Cik Eiyla blogger  According To Buck pun pernah mention kot about entry nie . Cuma cra dya post lain skit lah . Dya just story psal sebab2 dya jadi blogger untuk kongsi something dengan readers bukan untuk duit . Bagi Cik Eiyla kalau dah niat dya macam 2 memang ok lah kan, tak ada lah nak menunjuk2 sangat yang melalui blog nie kita boleh buat duit bnyak.




Cik Eiyla tau ada jgak masyarakat zaman sekarang tak tau lagi kewujudan blog nie . Kawan2 Cik Eiyla pun kadang2 terpinga2 jugak bila ckap psal blog nie . Depa pun tak percaya yang melalui blog nie kita boleh dapat banyak duit ( kalau kita punya blog nie byk view lah ) . Kalau blog Cik Eiyla nie memang tak kan dapatlah duitnya, tak ke mana pun followers yang ada . Setakat member2 time Cik Eiyla study dulu jer . Itu pun masing2 agaknya dah lupa yang depa ada blog .




Kebanyakan blogger nie jana pendapatan daripada NUFFNANG kalau tak silap Cik Eiyla . Biasalah kena register dulu kan, Cik Eiyla pun ada register tapi just nak letak iklan NUFFNANG je . Kalau nak dapat duit rsa2nya macam tak kan jadi kenyataan lah . Yelah kita kena rajin review psal setiap benda baru yang NUFFNANG nak kita share kan . Contohlah, kalau ada sesuatu yang NUFFNANG nak tarik pelanggan macam pakej makan ke, h/p baru yang baru keluar ke & macam2 lagilah . Klau Cik Eiyla silap, maaflah yer . Itu setakat yang Cik Eiyla tau lah .




Tapi bagi Cik Eiyla, kalau kita dapat duit daripada blog nie kan kita tak payahlah nak terlalu show off sangat ! Ini tak bila tau je bulan nie dapat brapa terus post dekat blog, dah macam nak menunjuk2 pula . Biarlah kita just share dengan follower2 yang kita dapat rezeki lebih . Tak pun just publish kita punya traffic je, kan ok sikit macam 2 . Tak payahlah nak post yang kita dapat ribu riban kan ! Cik Eiyla tau kebanyakan blogger2 yang famous je dapat earn money nie . Syukurlah depa dapat rezeki tmbahan daripada blog nie kan, sekurang2nya dapat jugaklah bantu2 depa .


Mula2 Cik Eiyla cuba blog nie memang ala2 mata duitan sikit bila tau boleh buat duit . Tapi Cik Eiyla tersedar sendiri yang blog Cik Eiyla nie tak ke mana pun . Dah terang2 kebanyakan entry Cik Eiyla peribadi semuanya, mana nak cari followers yang ramai kan ! Setakat 2 - 3 kerat je !


Sekali lagi Cik Eiyla minta maaf sangat2 kalau ada2 bloggers yang terasa . Cik Eiyla just kongsi pendapat Cik Eiyla je . Jangan marah2 tau Cik Eiyla tak nak nanti hanya sebab blog, ada pula yang bermusuh dengan Cik Eiyla ! 

05 Oktober 2011

New NOKIA's Smartphone Launched ! NOKIA 700

Dah keluar lagi Nokia Series yang baru . Kali nie series Smartphone lagi . Zaman sekarang memang semua keluar yang smartphone ja,  tak da lagi yang biasa2 . Cik Eiyla search kat internet memang tak da lagi yang biasa2 keluar memang semua series Smartphone, Android ataupun Windows Phone sendiri ! Tapi bila review Nokia 700 nie memang chhannteekkkk sangat2 . Memang betul2 penuhi keperluan kebanyakan orang2 zaman sekarang nie !


Yela sekarang kalau boleh nak canggih, canggih lagi kan ! Dah tak kira apa sekarang nie, Handphone bukan lagi satu kehendak tap adah jadi satu KEPERLUAN ! Memang tak boleh nak ubah lagi pandangan masyarakat zaman sekarang . Budak sekolah rendah pun dah ada Handphone masing2 ! Kalau Cik Eiyla nie jenis suka kumpul h/p memang dah lama Cik Eiyla beli nie ! Tapi Cik Eiyla macam dah muak pula pakai h/p jenis touchscreen nie . Leceh sikitlah klau nak menaip mesej laju2 nie ! Masa mula2 beli dulu memang syok je, bila dah lma2 rasa leceh pula !



Malas Cik Eiyla nak berleter panjang2, jom kita review Nokia 700 nie sama2 nah ! Kalau ada yang rezeki lebih 2 boleh lah pergi mana2 kedai handphone yang berdekatan 2 . Dapatkan sendiri Nokia 700 nie yer ! Series kali nie ada 5 warna pilhan yang diberi Cool Grey, Silver/White, Coral Red, Peacock Blue & Purple !



NOKIA 700

Full Touch Screen & No QWERTY Keyboard !

Bahagian belakang phone

KAMERA 5 megapiksel !


Spesifikasi Untuk Nokia 700 nie :

General & HardwareDate AnnouncedAugust 24, 2011 (3th Quarter)
Network TechnologyGSM 850 / 900 / 1800 / 1900
HSDPA 850 / 900 / 1700 / 1900 / 2100
Hardware/Processor CPU1 GHz processor
Dimensions (mm)110 x 50.7 x 9.7
Weight (g)96
SAR Rating-
Available coloursCool Grey, Silver/White, Coral Red, Peacock Blue and Purple
Screen Size3.2 inches, 360 x 640 pixels
Screen ColorAMOLED touchscreen, 16M colors
Line of Text-
Menu Type-
TypeCandybar
QWERTY-KeyboardNo
Navigation KeyAccelerometer & Proximity sensor
Soft Keys-
Other Keys-
Keypad Lighting-
AntennaFixed Internal
PhonebookUnlimited
Internal(MB)2 GB storage
Memory SlotmicroSD (up to 32GB)
Battery TypeLi-Ion 1080 mAh
Stand-by (hrs)Up to 465 h (2G) / Up to 450 h (3G)
TalkTime(min)Up to 7 h 10 min (2G) / Up to 4 h 30 min (3G)
EntertainmentPolyphonicYes
Customization-
MP3Yes
FM RadioYes
TV ReceiverNull
Video RecordYes, 720p@30fps
Video SupportMP4/H.263/H.264 player
Audio SupportMP3/WAV/еAAC+/WMA player
Voice Support-
GamesYes + downloadable
MessagingSMSYes
Total SMS-
MMSYes
EMSNo
EmailYes
Instant MessengingYes
Push-To-Talk-
ConnectivityHSDPAHSDPA, 14.4 Mbps; HSUPA, 5.76 Mbps
WIFI/WLANWi-Fi 802.11 b/g
3GYes
GPSYes
EDGEClass 33
GPRSClass 33
BluetoothYes, v3.0 with A2DP, EDR (A2DP)
USB PortYes
Infrared (IrDA)No
Data Cablev2.0 microUSB
Data Modem-
SoftwarePlatform / OSSymbian Belle OS
Java (J2ME)Yes ,MIDP 2.1
WAPNo Info
BrowserWAP 2.0/xHTML, HTML, RSS feeds
Predictive Text EntryYes
Speech Codecs-
PIM Application-
Other ApplicationsNFC support, Digital compass, Photo editor, Organizer,Voice command/dial,Flash Lite 4.0
PersonalsThemesNo Info.
Caller IDPhotocall
Profile ID-
Camera SpecificationsLens TypeCMOS, 5.0 Megapixel
Digital zoom-
Max. Resolution2592х1944
FlashYes
Night ModeNo
Multi Shot-
Frame- Types
Extra FeaturesGeo-tagging, fixed focus, LED flash
Photo Format-
VideoYes, 720p@30fps
Video Format-