







1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang senatiasa menangis kerana takut akan Allah .Dan orang yang takut akan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah saw di dalam syurga);
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu;
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap IHSAN dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu surga. Masuklah dari mana saja pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya
12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana saja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
KUALA PILAH 6 Mei - Gerakan mencari Nur Syaza Sakinah Said Ahmad, 2, yang masih hilang selepas dihanyutkan arus deras di Hutan Lipur Ulu Bendul dekat sini Selasa lepas, diteruskan pagi ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt. Jaafar Baba berkata, gerakan itu kini melibatkan 140 anggota pelbagai agensi termasuk Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (SMART) serta unit anjing K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat.
"Gerakan mencari ini dibahagikan kepada dua kumpulan dan pencarian hari ini dilakukan bermula dari tempat mangsa hanyut di hutan lipur itu sehingga sejauh kira-kira 6 kilometer menyusuri sungai,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, usaha mencari turut dilakukan dengan mengorek kawasan berpasir di tebing sungai untuk mengesan mangsa yang dikhuatiri tertimbus. - Bernama
kredit to Utusan Malaysia
sedih cikeiyla bca berita nie..Perkelahan bersama anak2 mnjadi duka apabila 3 anaknya dihanyutkan arus deras di hutan Rekreasi Ulu Bendul di Negeri Sembilan...Ayah mangsa, Syed Ahmad Ibrahim turut dihanyutkan bersama tetapi sempat diselamatkan pengunjung yg turut berada di tmpt kejadian..Malangnya anak beliau tidak berjaya diselamatkan drpd dihanyutkan arus deras..
Sehingga sekarang hnya 2 drpd ank beliau berjaya ditemui manakala seorang lagi anaknya, Nur Syaza Sakinah 2 thn masih blum brjaya ditemui..
Marilah kita beramai2 mendoakan pasukan mencari supaya brjaya mncari mayat adik Nur Syaza Sakinah...al fatihah cikeiyla ucapkan.. Aminnn......