LamanTulisCikEiyla
Daisypath Anniversary tickers

07 Oktober 2011

Betul ke HANTARAN PERKAHWINAN berdasarkan TAHAP/TARAF seseorang PEREMPUAN ?

Wahh gitu kan Cik Eiyla punya entry kali nie ! Ala2 gempakk gitu bunyinya . Hahahaha


Rasa2nya memang ada masyarakat yang buat macam nie kan ? Selama Cik Eiyla hidup nie lah kan, memang ada ibubapa yang tetapkan hantaran anak2 perempuan mereka ikut tahap/taraf perempuan 2 . Contohlah kalau anak dya ada IJAZAH harga lain, kalau yang ada MASTERS harga lain pulak ! Cik Eiyla tak boleh nak bayangkan kalau perempuan yang ada PHD nie . Memang lelaki zaman sekarang kena kerja kuatlah kalau nak kahwin sebabnya Cik Eiyla rasa kebanyakan perempuan sekarang memang tinggi2 belajar !



Cik Eiyla pun tak lama lagi (insyaallah) nak sambung IJAZAH, tapi Cik Eiyla tau mak bapak Cik Eiyla bukan tergolong dalam kalangan2 ibubapa yang di atas . Huhuhu . Cik Eiyla just nak share pendapat sebab benda nie memang terjadi kan ? Kawan Cik Eiyla pernah cakap yang mak dya tak kan letak hantaran setakat 8 k atau ke bawah ! Semuanya atas 10 k ! Cik Eiyla agak terkedu sikitlah kan, dah macam nak jual anak pulak (maaf kalau ada yang terasa).

Cik Eiyla bukan apa, kita kalau nak bina masjid yang baru nie tak payahlah sampai nak membebankan pihak lagi satu kan ? Katalah dah tak mampu tapi anak nie dah memang nak sangat kawen, mesti depa2 nie akan berhutang . Bila dah berhutang nie kehidupan anak2 nie mula terumbang ambing, nak menanggung hutang sebelum & selepas kawen ! Tak kan sampai macam 2 sekali hanya semata2 nak tunjukkan pada orang lain ! Klau pihak satu lagi memang berkemampuan takpelah, tapi kalau setakat yang sederhana macam mana pulak ?



Memang zaman sekarang semua perlukan duit, pergi mana2 duit 2 penting ! Tapi ibubapa jangan ambil kesempatan pula dalam hal macam nie . So benda2 macam nie memang perlukan persefahaman antara kedua2 pihak !

* Sebenarnya ada juga yang tak payah tengok taraf/tahap pendidikan pun tapi hantaran memang tinggi lah . Mesti semua tau kan ? Cuba kita tengok kalau artis2 Malaysia nie kawen, tak tinggi semua hantarannya ? Yang paling terdekat sekali Memey & Norman . Jangan nak aggap Cik Eiyla anti depa pulak nah . So rasa2 ada yang nak dapat hantaran tinggi nie(walaupun setakat spm je) cepat2lah jadi artis yer . Dapat juga nanti minta hantaran tinggi2 . Huhuhu Cik Eiyla just melawak OK !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan