LamanTulisCikEiyla
Daisypath Anniversary tickers

07 Oktober 2011

Jadi BLOGGER untuk DUIT atau HOBI ?



Mula2 Cik Eiyla nak minta maaflah klau ada blogger2 yang tetiba menyinggah kat blog Cik Eiyla & marah pulak kat entry Cik Eiyla kali nie yer !



Sebenarnya bukan jealous atau dengki pun dengan blogger yang dapat duit atau pendapatan dari blog nie . Cik Eiyla just saja2 nak post something yang kadang2 jadi bualan ramai jgk . Tak silap Cik Eiyla blogger  According To Buck pun pernah mention kot about entry nie . Cuma cra dya post lain skit lah . Dya just story psal sebab2 dya jadi blogger untuk kongsi something dengan readers bukan untuk duit . Bagi Cik Eiyla kalau dah niat dya macam 2 memang ok lah kan, tak ada lah nak menunjuk2 sangat yang melalui blog nie kita boleh buat duit bnyak.




Cik Eiyla tau ada jgak masyarakat zaman sekarang tak tau lagi kewujudan blog nie . Kawan2 Cik Eiyla pun kadang2 terpinga2 jugak bila ckap psal blog nie . Depa pun tak percaya yang melalui blog nie kita boleh dapat banyak duit ( kalau kita punya blog nie byk view lah ) . Kalau blog Cik Eiyla nie memang tak kan dapatlah duitnya, tak ke mana pun followers yang ada . Setakat member2 time Cik Eiyla study dulu jer . Itu pun masing2 agaknya dah lupa yang depa ada blog .




Kebanyakan blogger nie jana pendapatan daripada NUFFNANG kalau tak silap Cik Eiyla . Biasalah kena register dulu kan, Cik Eiyla pun ada register tapi just nak letak iklan NUFFNANG je . Kalau nak dapat duit rsa2nya macam tak kan jadi kenyataan lah . Yelah kita kena rajin review psal setiap benda baru yang NUFFNANG nak kita share kan . Contohlah, kalau ada sesuatu yang NUFFNANG nak tarik pelanggan macam pakej makan ke, h/p baru yang baru keluar ke & macam2 lagilah . Klau Cik Eiyla silap, maaflah yer . Itu setakat yang Cik Eiyla tau lah .




Tapi bagi Cik Eiyla, kalau kita dapat duit daripada blog nie kan kita tak payahlah nak terlalu show off sangat ! Ini tak bila tau je bulan nie dapat brapa terus post dekat blog, dah macam nak menunjuk2 pula . Biarlah kita just share dengan follower2 yang kita dapat rezeki lebih . Tak pun just publish kita punya traffic je, kan ok sikit macam 2 . Tak payahlah nak post yang kita dapat ribu riban kan ! Cik Eiyla tau kebanyakan blogger2 yang famous je dapat earn money nie . Syukurlah depa dapat rezeki tmbahan daripada blog nie kan, sekurang2nya dapat jugaklah bantu2 depa .


Mula2 Cik Eiyla cuba blog nie memang ala2 mata duitan sikit bila tau boleh buat duit . Tapi Cik Eiyla tersedar sendiri yang blog Cik Eiyla nie tak ke mana pun . Dah terang2 kebanyakan entry Cik Eiyla peribadi semuanya, mana nak cari followers yang ramai kan ! Setakat 2 - 3 kerat je !


Sekali lagi Cik Eiyla minta maaf sangat2 kalau ada2 bloggers yang terasa . Cik Eiyla just kongsi pendapat Cik Eiyla je . Jangan marah2 tau Cik Eiyla tak nak nanti hanya sebab blog, ada pula yang bermusuh dengan Cik Eiyla ! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan