LamanTulisCikEiyla
Daisypath Anniversary tickers

06 Mei 2011

:::::cikeiyla - Tragedi Hutan Rekreasi Ulu Bendul


KUALA PILAH 6 Mei - Gerakan mencari Nur Syaza Sakinah Said Ahmad, 2, yang masih hilang selepas dihanyutkan arus deras di Hutan Lipur Ulu Bendul dekat sini Selasa lepas, diteruskan pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt. Jaafar Baba berkata, gerakan itu kini melibatkan 140 anggota pelbagai agensi termasuk Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (SMART) serta unit anjing K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat.

"Gerakan mencari ini dibahagikan kepada dua kumpulan dan pencarian hari ini dilakukan bermula dari tempat mangsa hanyut di hutan lipur itu sehingga sejauh kira-kira 6 kilometer menyusuri sungai,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, usaha mencari turut dilakukan dengan mengorek kawasan berpasir di tebing sungai untuk mengesan mangsa yang dikhuatiri tertimbus. - Bernama

kredit to Utusan Malaysia


sedih cikeiyla bca berita nie..Perkelahan bersama anak2 mnjadi duka apabila 3 anaknya dihanyutkan arus deras di hutan Rekreasi Ulu Bendul di Negeri Sembilan...Ayah mangsa, Syed Ahmad Ibrahim turut dihanyutkan bersama tetapi sempat diselamatkan pengunjung yg turut berada di tmpt kejadian..Malangnya anak beliau tidak berjaya diselamatkan drpd dihanyutkan arus deras..

Sehingga sekarang hnya 2 drpd ank beliau berjaya ditemui manakala seorang lagi anaknya, Nur Syaza Sakinah 2 thn masih blum brjaya ditemui..

Marilah kita beramai2 mendoakan pasukan mencari supaya brjaya mncari mayat adik Nur Syaza Sakinah...al fatihah cikeiyla ucapkan.. Aminnn......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan